Tuesday, 7 August 2012

CONTOH SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH


                                                                                                                                 
1.         cue :     Apabila Puan Mastiah bt Munir Pegawai Pelajaran Gabungan Bintulu
                        muncul di pintu masuk ……….

            Ann :   Ketibaan Yang Berbahagia Puan Mastiah Bt Munir, Pegawai Pelajaran
                        Gabungan Bintulu.

            cue :     Apabila suasana sudah tenteran, kaset lagu Negaraku dimainkan.

           
Ann :   Terima kasih.  Hadirin dipersilakan duduk.

2.         cue :     Apabila PPG sudah duduk dengan selesa dan sudah menerima buku
                        program.

            Ann :   Bismillah ………
                        Assalamualaikum wbkt
                        Selamat pagi dan salam sejahtera

                        Sirih berlipat sirih pinang
                        Sirih dari Pulau Mutiara
                        Pemanis kata selamat datang
                        Awal bismillah pembuka bicara

                        Yang Berbahagia, Puan Mastiah Bt. Munir, Pegawai Pelajaran Gabungan
                        Bintulu

                        Yang Berusaha, Puan Piot Edward, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
                        Pinang Sebatang

                        Yang dihormati, Puan Cheng  Sai Leng    Yang Dipertua Pertsatuan
IbuBapa Guru Sekolah Kebangsaan Pinang Sebatang

            Guru-guru, ibu bapa, para pelajar, hadirin-hadirat yang dihormati.

            Selamat datang ke majlis penyampaian hadiah dan sijil Sekolah
            Kebangsaan Pinang Sebatang saya ucapkan kepada tuan-tuan dan
            puan-puan khususnya Yang Berbahagia, Puan Mastiah Bt. Munir.
            Sesungguhnya majlis ini diadakan bagi mengucapkan selamat jalan
            kepada murid-murid yang telah berjaya mengharungi pendidikan sekolah
            rendah dan akan melangkah kaki ke sekolah menengah.

            Majlis dimulakan dengan mempersilakan Al Fadhil Ustaz Zakirin Bin
            Zakaria  untuk mengetuai bacaan doa.
            Dengan segala hormatnya dipersilakan.


3.         cue :     Selesai bacaan doa.

           
Ann :   Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

4.         cue :     Apabila Guru Besar sudah bersedia…..

 
           Ann :   Adat berbahasa menyampaikan pesan.  Adat upacara
Menyampaikan ucapan aluan.

            Hadirin yang dihormati, Majlis diteruskan lagi dengan ucapan alu-
aluan Puan Piot Edward, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pinang
Sebatang untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.  Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

5.         cue :     Apabila Puan Piot Edward selesai menyampaikan ucapan……

           
Ann :   Untaian madah kata aluan, untaian ingatan sepanjang zaman.
                        Terima kasih Puan Piot Edward, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
                        Pinang Sebatang.

6.         cue :     Apabila Yang Dipertua PIBG sudah bersedia………

            Ann :   Hadirin yang dihormati, meneruskan majlis kita pada pagi
ini,dengan segala hormatnya dipersilakan Puan Cheng Seng Lai 
            Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru Sekolah Kebangsaan
Pinang Sebatang untuk menyampaikan ucapan.
            Dengan segala hormatnya dipersilakan.

7.         cue :     Apabila YDP PIBG selesai menyampaikan ucapan…..

           
Ann :   Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
                        kepada Puan Cheng Sai Leng

8.         cue :     Apabila Puan Mastiah, PPG sudah bersedia….

           
Ann :   Terbang tinggi burung merpati
                        terbang melayang melewati awan
                        tetamu kehormat sudah menanti
                        untuk berucap penuh wawasan

                       



Untuk itu, majlis dengan hormat dan takzimnya mempersilakan
            Yang Berbahagia, Puan Mastiah Bt Munir, Pegawai Pelajaran

Gabungan Bintulu untuk menyampaikan ucapan perasmian.  Dengan penuh hormat  dipersilakan.

9.         cue :     Selesai sahaja ucapan Puan Mastiah.

            Ann :   Bunga selasih dibuat minyak
                        Dijual biduan di tepi lorong
                        Terima kasih banyak-banyak
                        Amanat puan jadi pendorong

                        Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Puan Mastiah bt Munir
di atas amanat yang penuh hemat dan perangsang tadi.

10.       cue :     Apabila juruteknik sudah bersedia di sisi laptop….

                        Ann :   Hadirin hadirat yang dihormati. Sekarang tiba masanya untuk kita
                                    menonton `slide show’ aktiviti sepanjang tahun Sekolah
Kebangsaan Pinang Sebatang.
            Sama-sama kita saksikan

11.       cue :     Selesai sahaja slide show…..

                        Ann :   Begitulah tadi eratnya kerjasama antara guru, pihak Persatuan Ibu
Bapa Guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Pinang Sebatang tak ubah seperti paku melekat di papan.

12.       cue :     Apabila AJK Hadiah dan Sijil sudah bersedia…..

                        Ann :   Hadirin dan hadirat yang dihormati.  Sekarang tiba masanya untuk
kita menyaksikan para pelajar menerima hadiah sebagai tanda kejayaan yang          dikecapi pada tahun ini.
   
Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha, Puan Piot Edward Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pinang Sebatang untuk menyampaikan hadiah.

13.       cue :     Apabila GB sudah naik ke pentas………..

            Ann :   Dari Tahun 1 Dahlia, tempat pertama, adik Nicholas ak Nanti,
                        tempat kedua, adik Sharifah Aminah bt Syed Jamal dan tempat
ketiga,             adik Siti Hajar bt Raduan.

            Dari Tahun 2 Dahlia,
            1- adik Noreen Noor
            2 – adik Felix Agus
            3 – adik Idayu Abd Rahman




            Dari Tahun 3 Dahlia,
            1 – adik Amylea Zainuddin
            2 – adik Eleena Natasha
            3 – adik Zulkifli Badang

            Dari Tahun 4 Dahlia,
            1 – adik Agnes Muli
            2 – adik Mirang Agus
            3 – adik Tambi ak Gong

            Dari Tahun 5 Dahlia,
            1 – adik Farah Fauzana
            2 – adik Eddy Feireira
            3 – adik Jackson Jambul

            Dari Tahun 6 Dahlia,
            1 – adik Mawi b. Abdullah
            2 – adik Dayang Nurfaiza
            3 – adik Camelia

Majlis merakamkan terima kasih kepada Puan Piot Edward.

13.       cue :     Apabila pelajar ( yang membuat persembahan tarian ) sudah bersedia..

            Ann :   Hadirin yang dihormati.  Majlis kita diteruskan lagi dengan persembahan
                        tarian oleh kumpulan Sendayu Tinggi. Terimalah Ngajat Tampi…..

14.       cue :     Apabila kumpulan tarian sudah bergerak ke dalam…

            Ann :   Demikian tadi persembahan Ngajat Tampi oleh kumpulan Sendayu Tinggi.
                        Kumpulan tarian itu tadi di bawah bimbingan Puan Jacqueline dan Puan
                        Evelin.

15.       cue :     Apabila AJk Hadiah dan Sijil sudah bersedia…………

           
Ann :   Hadirin yang dihormati.  Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian
                        hadiah bagi kategori mata pelajaran terbaik.

                       
Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan Cheng
Sai Lai Yang DiPertua Persatuan IbuBapa Guru Sekolah Kebangsaan
Pinang Sebatang untuk menyampaikan hadiah. 
            Dipersilakan.
16.       cue :     Apabila YDP sudah naik ke pentas…………

            Ann :   Dari Tahun 1 Dahlia, pelajar terbaik bagi matapelajaran Bahasa Melayu,
                        Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik disandang oleh adik
                        Nicholas ak Nanti.

                        Dari Tahun 6 Dahlia, pelajar terbaik bagi mata pelajaran Bahasa Melayu,
                        Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik di sandang oleh adik
                        Mawi b. Abdullah

                        Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Cheng Sai Leng

17.       cue :     Apabila kumpulan Boria sudah sedia di pentas………

            Ann :   Seri Andalas nama diberi
                        Cukup cantik nampak berseri
                        Kumpulan Boria sudah menanti
                        Untuk persembahan penuh bererti

                        Hadirin yang dihormati terimalah persembahan boria dari Kumpulan
                        Seri Andalas.  Dipersilakan………..

18.       cue :     Apabila kumpulan boria sudah masuk ke belakang………

           
Ann :   Demikian tadi persembahan boria di bawah pimpinan Encik Fauzi
                        Marzuki. Majlis merakamkan ribuan terima kasih.

19.       cue :     Apabila AJK Hadiah dan Sijil sudah bersedia…………..

            Ann :   Hadirin-hadirat yang dihormati.  Tiba masanya kita ke acara kemuncak
                        kategori pelajar contoh 2006.

                        Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha, Puan Piot Edward
                        Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pinang Sebatang dan Yang Dihormati
Yang DiPertua Persatuan IbuBapa Guru Sekolah Kebangsaan Pinang
Sebatang  untuk mempersilakan dan mengiringi Yang Berbahagia, Puan
Mastiah Bt. Munir untuk menyampaikan sijil dan hadiah kepada pelajar
contoh.

20.       cue :     Apabila GB dan PPG sudah naik ke pentas……….


            Ann :   Kategori pelajar contoh bagi pelajar lelaki disandang oleh adik
                        Mawi Abdullah dari Tahun 6 Dahlia. 

                       
Kategori pelajar contoh bagi pelajar perempuan disandang oleh adik
            Erra Fazira dari Tahun 6 Dahlia

21.       cue :     Sebelum PPG turun dari pentas………

            Ann :   Sebagai tanda kenang-kenangan, majlis dengan segala hormatnya
                        mempersilakan Yang Berusaha, Puan Piot Edward, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Pinang Sebatang untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia, Puan Mastiah bt Munir, Pegawai Pelajaran Gabungan Bintulu.  Dengan segala hormatnya dipersilakan

22.       cue :     Setelah PPG menerima cenderamata…….

           
Ann :   Majlis sekali lagi ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada
                        Puan Mastiah kerana sudi menyampaikan hadiah dan sijil kepada pelajar
                        Sekolah Kebangsaan Pinang Sebatang.  Terima kasih.

                        Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan Piot Edward
                        GB SK Pinang Sebatang untuk menjemput dan mempersilakan Yang
                        Berbahagia dan tetamu jemputan untuk menikmati jamuan ringan di
                        bilik mesyuarat Sekolah Kebangsaan Pinang Sebatang.  Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

23.       cue :     Apabila tetamu sudah berlalu…..

            Ann :   Para Guru, Ibu bapa dan murid-murid dipersilakan untuk menjamu
                        selera di dewan makan Sekolah Kebangsaan Pinang Sebatang.  Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

            Adalah dimaklumkan, AJK Peralatan untuk kembali semula ke dewan
            untuk mengemaskan segala peralatan yang telah digunakan.
           
Sekian, wabillah hitaufik walhidayah wasalamualaikum
            warahmatullah hiwabarakatuh.

No comments:

Post a Comment