Kata Ganti Nama Diri
1. Kata yang digunakan untuk mengantikan nama manusia di sebut kata ganti nama diri.
2. Hanya manusia yang mempunyai kata ganti nama diri.
3. Kata ganti nama diri ini terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kata ganti nama diri pertama,
kata ganti nama diri kedua, dan kata nama diri ketiga.
Kata Ganti Nama Diri Pertama
1. Kata ganti nama diri pertama digunakan untuk mengantikan nama diri orang yang
berbicara.
2. Kata ganti nama diri ini pula dibahagikan kepada dua bentuk iaitu bentuk jamak
dan bentuk tunggal.
i. Jamak - kami, kita
ii. Tunggal - aku, beta, daku, hamba, patik, saya.
Kata Ganti Nama Diri Kedua
1. Kata ganti nama diri kedua digunakan sebagai menggantikan nama orang yang
dilawan bercakap.
2. Kata ganti nama diri kedua ialah anda, awak, engkau, dan kalian.
kata Ganti Nama Diri Ketiga
1. Kata ganti nama diri ketiga ialah kata ganti nama yang digunakan untuk
mengantikan nama diri orang yang dicakapkan/ diperkatakan.
2. Kata ganti nama diri ketiga juga terbahagi kepada dua bentuk;
i. Tunggal - dia/ia , baginda, beliau.
ii. Jamak - mereka
No comments:
Post a Comment