Sunday, 5 August 2012

Penggunaan Bahasa

A. PENGGOLONGAN KATA DAN ANALISIS KESALAHAN UMUM TATABAHASA


KATA NAMA
Dalam bahasa Melayu baku, kata nama dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu kata nama am, kata nama khas, dan kata nama terbitan.


Kata Nama Am
1.  Kata nama am ialah kata nama yang digunakan untuk menyebut nama orang, benda, haiwan, dan tempat secara am atau umum.


2.  Dalam penulisan, kata nama am ditulis dengan huruf kecil pada awal katanya kecuali apabila digunakan di awal ayat.


3.  Perhatikan penerangan tentang kata nama am yang berikut ini;
     

Kata Nama Am

Contoh

Penggunaannya dalam Ayat

benda

Cincin, jam, buku, meja, kaca mata, beg, kipas, kereta, kunci, cawan, telefon, dan sebagainya.

1. Fail itu sungguh nipis.
2. Kereta abangnya cantik.

haiwan/
binatang


buaya, kucing, unta, kura-kura, harimau, tikus, lembu, dan sebagainya. 

1. Ayam jantan itu sedang
    berkokok.
2. Lembu Pak Abu meragut 
    meragut rumput di padang.


manusia/
orang

polis, guru, budak, pelajar, murid, abang, peguam, pemandu, askar, dan sebagainya. 

1. Pemandu itu memberhenti-
    kan keretanya secara
    tiba-tiba.
2. Anggota polis bertugas
    menjaga ketenteraman
    awam.


tempat

bandar, dewan, hospital, kantin, kedai, pulau, perpustakaan, surau dan sebagainya.


1. Mereka menunaikan solat
    berjemaah di surau.
2. Pulau itu akan dimajukan
    tidak lama lagi.
                                                                                                                    

No comments:

Post a Comment